Sunday, April 11, 2010

Hidup ini sementara


Saya suka situasi kolonial, dalam perjalanan ke Penang , Melaka atau ke mana sahaja, bangunan-bangunan lama menjadi tempat persinggahan saya. Samada hotel pilihan yang berkonsep masa lampau atau sekadar mengambil gambar.

Di luar negara pun begitu juga, istana (Krak) menjadi destinasi ziarah saya.
"If these walls could speak" ia akan menceritakan berbagai cerita lampau dari kisah cinta , kegemilangan , kekayaan, kelahiran ,kesedihan , perpisahan, kematian, kehilangan dan sebagainya.
Kotak fikiran saya sentiasa membayangkan kegembiraan bila keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk makan bersama di dalam sebuah rumah yang indah dan besar. Tapi suatu hari mereka terpaksa meninggalkan rumah itu...dan meneruskan kehidupan mereka, atas apa sahaja sebab yang mereka alami.

Gambar di sebelah kanan itu , adalah gambar ayah saya. Dia juga bakal meninggalkan saya atau saya juga bakal meninggalkan dia...apakah yang bisa menghubungkan kami lagi? Hanya memori yang kami cipta dan kongsi bersama. Hidup ini sementara - Life is short..make the best out of it.
Saya mencintai ayah saya dan ibu saya..begitu juga adik beradik dan teman-teman. Kadang-kandang saya terlupa bahawa ...tanpa mereka saya tidak mampu untuk menikmati ini semua. Apa ada pada saya tanpa kenangan lucu dan indah dengan teman dan keluarga. Kejayaan saya atau jatuh merudum dalam kehidupan adalah satu pusingan hidup yang di lalui oleh semua orang. Cuma tidak ramai yang menceritakan...biar mereka sendiri yang menanggung duka dan lara di hati.

Bagi saya , setiap saat tidak mungkin dapat kita ulangi lagi....tidak mungkin peluang datang bergolek setiap hari, tidak mungkin kita dapat bertemu dengan seseorang itu lagi di hari hadapan. So what u got to loose? We got to take this chances.....saya suka mendengar lagu Garth Brookes... The Dance....


Friday, April 9, 2010

Dating lagi di usia ini

Saya bertanya pada diri saya, adakah saya masih ingin berkahwin? Jawapan itu kadang kadang bercelaru. Ada ketika rasa nak berdua , ada ketika rasa lemas nak mati di jerut dileher oleh tali perkahwinan...kadang-kadang saya takut jadi episod "serangan berani mati" terjadi lagi dalam hidup saya.

Tapi bila melihat kebebasan bersuara di rumah dan kebebasan untuk tidak mandi ontime saya pilih untuk bersendirian tapi cuma berdating. Cuma kerana saya beragama Islam , berdating di usia senja nak masuk maghrib ini membuatkan saya jadi takut , bayangkan jika ajal saya tiba tiba muncul ketika saya tengah berdating, malu rasanya pada Tuhan.
Apa saya nak jawab pada Tuhan, dan malu juga rasanya pada Malaikat kiri dan kanan. Anak saya pasti menyindir jenazah saya sambil memandikan saya...mungkin ketika itu rahsia awet muda saya tidak dapat di selindungi lagi bila mereka jumpa berkotak-kotak collagen classic dalam bilik tidur saya ...hehheheh

Rasa untuk bermanja itu sudah hilang, mungkin dalam 30 hari sebulan , keinginan untuk bermanja itu muncul selama bebarapa minit. Jadi tak payah lah saya nak masukkan diri saya ke medan perkahwinan semata mata untuk menyelesaikan masalah 30 minit sebulan itu.


Thursday, April 8, 2010

MELENCUNG YANG BAIK UNTUK KESIHATAN


Saya dan teman-teman suka berfantasi , sekiranya kami punyai banyak wang kami akan melancung beramai ramai keluar negara. Kadang-kadang melencung juga baik untuk kesihatan termasuklah melancung. Aktiviti melencung tidak jauh bezanya dengan melancung. Ia memerlukan wang juga , hahahahah!!!

Melencung yang dimaksudkan di sini ialah keluar beramai-ramai dengan teman yang anda sukai dan melakukan aktiviti yang menggembirakan. Menonton wayang, makan malam bersama, melakukan aktiviti sukan atau sekadar bermain permainan "board game" seperti Monopoly atau Pictionary.
Tidak perlu menghabiskan wang untuk mencari sebuah kesihatan dan "awet muda' , yang penting perasaan kita harus gembira dengan aktiviti ringan ini...teman- teman yang positif sangat penting dalam kehidupan kita. Mencipta kegembiraan itu perlu kerana kegembiraan tidak datang bergolek seperti buah nangka jatuh. Kita perlu mencipta kegembiraan. Keinginan mencipta kegembiraan itu sendiri telah menjadikan diri anda seorang yang berfikiran positif.
Lakukan perancangan untuk memastikan keinginan untuk mencipta kegembiraan itu tidak bertukar menjadi "night mare". Lakukan secara bersahaja tanpa meletakkan harapan terlalu tinggi tetapi tetap fokus kepada niat mencipta kebahagiaan...

Mencipta moments / saat yang indah bersama teman anda yang anda kasihi. Saya sering cuba mencipta saat indah itu. Kami tidak cerewet, memasak masakan , pot luck dan bergambar sudah cukup untuk mencipta saat indah kami. Gurauan tidak perlu di ambil dan di simpan dalam hati , sering cincai sahaja dengan teman teman. Jangan kita rosak kan moments yang kita cipta ini dengan perangai kita sendiri yang suka membuat andaian negatif dengan kata kata teman.

MENJANGKAU USIA 40 AN



Tahun ini genap 38 tahun umur saya, telah melalui 2 perkahwinan dan 2 perceraian. Sudah tentunya saya sudah melalui proses penuaan yang cepat. Bayangkan 2 perkahwinan dan 2 perceraian di umur 38 tahun. Begitu banyak stress dan masalah yang saya lalui. Perceraian saya bukan mudah, dan saya bukan punyai banyak duit untuk dihabiskan membuat terapi di SPA dan pusat kecantikan untuk merawat jiwa. Jiwa karat yang makin berkarat sekiranya diri saya tidak kelihatan menarik sedangkan isteri baru suami saya walaupun tua dari saya , semakin gebu dengan suntikan suntikan, dia cocok tang sana cocok tak sini...haa...

Setelah menjangkau usia ini, saya lihat banyak perubahan fizikal yang telah saya lalui. Termasuklah kekenduran pada bahagian buah dada dan juga "pengembangan"pada bahagian perut dan pinggang. Kalau dahulu , saya hanya puasa 2 hari terus saya akan balik ke bentuk asal saya dan timbangan asal saya iaitu 52 kg. Tetapi kini...selain dari melalui masalah berat badan yang tidak stabil, saya juga perasan bahawa kulit wajah saya semakin kering dan sering timbul jerawat kecil pada belakang bahu saya.

Memandangkan saya suka berjemur (bukan bermaksud saya suka berbogel di tengah panas) ditepi pantai, saya tidak kisah sekiranya wajah saya tidak dioles dengan gincu dan pensil mata. Saya lebih suka bersantai seperti sekor kura kura dari seperti sekor buaya. Saya berjemur kerana saya sukakan pada hembusan bayu dan suara ombak. Bukan untuk tarik perhatian....oh tidak sama sekali.

Lagipun cara paling murah untuk menghilangkan stress dan melapangkan fikiran ialah berehat di tepian pantai , sungai kalau tak pun di tepi kolam renang. Saya memang tidak suka berpeleseran di shopping mall atau di shopping center. Maklumlah kena bersolek, berpakaian vouge , nak kena letak cermin mata kat atas kepala, nak bertumit tinggi.

Sedangkan saya lebih suka menjadi saya ...dengan hanya bersantai dan simple, tapi biar kena dengan tempatnya. Kalau ke majlis , kadang-kadang saya tetap vogue juga.

Ramai wanita saya lihat , sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya pada lelaki , sanggup ubah ketinggian hidup, kelebaran bibir, kemontokan itu dan ini. Saya tak berani untuk komen lebih kerana sudah menjadi karma hidup, apa yang saya komen itu akhirnya akan menjadi perbuatan saya pula. Jadi saya tak nak bercakap lepas...kerana kata kata kalau dah terlepas tak boleh di tangkap balik...suami pun begitu juga, kalau dah terlepas kira kita kena mula fikirkan kehidupan kita yang akan diteruskan.

Saya ingin kekal bertenaga dan kelihatan seperti umur saya ketika berumur 28 tahun, nasib baik ramai wanita muda ( yang lebih muda dari saya ) kelihatan lebih besar badanya di usia 20an dari kami yang telah melewati usia 30an ini. Itu pun saya tak nak komen kerana saya takut hukum karma....

Saya masih tidak seberani wanita lain dalam ekspedisi "tegang menegang" ini. Saya sendiri jarang mengambil ubat-ubatan dari farmasi atau kelinik . Tapi di usia petang ini akhirnya saya terpaksa akur kadang-kadang penyakit angin sering melanda termasuklah gastrik dan juga kembong. Keadaan kembong itu membuatkan lapisan perut saya kadang-kadang nampak seperti sebuku roti yang sedang kembang. Akhirnya saya terpaksa memaksa diri saya untuk menelan pil-pil dari hospital tersebut...inilah hukum karma saya kerana terlalu lancang berkata-kata....seketika dulu.