Thursday, April 8, 2010

MENJANGKAU USIA 40 AN



Tahun ini genap 38 tahun umur saya, telah melalui 2 perkahwinan dan 2 perceraian. Sudah tentunya saya sudah melalui proses penuaan yang cepat. Bayangkan 2 perkahwinan dan 2 perceraian di umur 38 tahun. Begitu banyak stress dan masalah yang saya lalui. Perceraian saya bukan mudah, dan saya bukan punyai banyak duit untuk dihabiskan membuat terapi di SPA dan pusat kecantikan untuk merawat jiwa. Jiwa karat yang makin berkarat sekiranya diri saya tidak kelihatan menarik sedangkan isteri baru suami saya walaupun tua dari saya , semakin gebu dengan suntikan suntikan, dia cocok tang sana cocok tak sini...haa...

Setelah menjangkau usia ini, saya lihat banyak perubahan fizikal yang telah saya lalui. Termasuklah kekenduran pada bahagian buah dada dan juga "pengembangan"pada bahagian perut dan pinggang. Kalau dahulu , saya hanya puasa 2 hari terus saya akan balik ke bentuk asal saya dan timbangan asal saya iaitu 52 kg. Tetapi kini...selain dari melalui masalah berat badan yang tidak stabil, saya juga perasan bahawa kulit wajah saya semakin kering dan sering timbul jerawat kecil pada belakang bahu saya.

Memandangkan saya suka berjemur (bukan bermaksud saya suka berbogel di tengah panas) ditepi pantai, saya tidak kisah sekiranya wajah saya tidak dioles dengan gincu dan pensil mata. Saya lebih suka bersantai seperti sekor kura kura dari seperti sekor buaya. Saya berjemur kerana saya sukakan pada hembusan bayu dan suara ombak. Bukan untuk tarik perhatian....oh tidak sama sekali.

Lagipun cara paling murah untuk menghilangkan stress dan melapangkan fikiran ialah berehat di tepian pantai , sungai kalau tak pun di tepi kolam renang. Saya memang tidak suka berpeleseran di shopping mall atau di shopping center. Maklumlah kena bersolek, berpakaian vouge , nak kena letak cermin mata kat atas kepala, nak bertumit tinggi.

Sedangkan saya lebih suka menjadi saya ...dengan hanya bersantai dan simple, tapi biar kena dengan tempatnya. Kalau ke majlis , kadang-kadang saya tetap vogue juga.

Ramai wanita saya lihat , sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya pada lelaki , sanggup ubah ketinggian hidup, kelebaran bibir, kemontokan itu dan ini. Saya tak berani untuk komen lebih kerana sudah menjadi karma hidup, apa yang saya komen itu akhirnya akan menjadi perbuatan saya pula. Jadi saya tak nak bercakap lepas...kerana kata kata kalau dah terlepas tak boleh di tangkap balik...suami pun begitu juga, kalau dah terlepas kira kita kena mula fikirkan kehidupan kita yang akan diteruskan.

Saya ingin kekal bertenaga dan kelihatan seperti umur saya ketika berumur 28 tahun, nasib baik ramai wanita muda ( yang lebih muda dari saya ) kelihatan lebih besar badanya di usia 20an dari kami yang telah melewati usia 30an ini. Itu pun saya tak nak komen kerana saya takut hukum karma....

Saya masih tidak seberani wanita lain dalam ekspedisi "tegang menegang" ini. Saya sendiri jarang mengambil ubat-ubatan dari farmasi atau kelinik . Tapi di usia petang ini akhirnya saya terpaksa akur kadang-kadang penyakit angin sering melanda termasuklah gastrik dan juga kembong. Keadaan kembong itu membuatkan lapisan perut saya kadang-kadang nampak seperti sebuku roti yang sedang kembang. Akhirnya saya terpaksa memaksa diri saya untuk menelan pil-pil dari hospital tersebut...inilah hukum karma saya kerana terlalu lancang berkata-kata....seketika dulu.





No comments:

Post a Comment