Friday, April 9, 2010

Dating lagi di usia ini

Saya bertanya pada diri saya, adakah saya masih ingin berkahwin? Jawapan itu kadang kadang bercelaru. Ada ketika rasa nak berdua , ada ketika rasa lemas nak mati di jerut dileher oleh tali perkahwinan...kadang-kadang saya takut jadi episod "serangan berani mati" terjadi lagi dalam hidup saya.

Tapi bila melihat kebebasan bersuara di rumah dan kebebasan untuk tidak mandi ontime saya pilih untuk bersendirian tapi cuma berdating. Cuma kerana saya beragama Islam , berdating di usia senja nak masuk maghrib ini membuatkan saya jadi takut , bayangkan jika ajal saya tiba tiba muncul ketika saya tengah berdating, malu rasanya pada Tuhan.
Apa saya nak jawab pada Tuhan, dan malu juga rasanya pada Malaikat kiri dan kanan. Anak saya pasti menyindir jenazah saya sambil memandikan saya...mungkin ketika itu rahsia awet muda saya tidak dapat di selindungi lagi bila mereka jumpa berkotak-kotak collagen classic dalam bilik tidur saya ...hehheheh

Rasa untuk bermanja itu sudah hilang, mungkin dalam 30 hari sebulan , keinginan untuk bermanja itu muncul selama bebarapa minit. Jadi tak payah lah saya nak masukkan diri saya ke medan perkahwinan semata mata untuk menyelesaikan masalah 30 minit sebulan itu.


2 comments:

  1. Klu mmg ada pasangan, apa salahnya kahwin di usia senja. Walau bgimanapun, klu semata2 nak kahwin kerana paksaan sosial .... maka x payah le.

    ReplyDelete
  2. Shaq,

    Betul tu, tapi kalu ada pasangan pun, tapi saya masih belum merasakan keinginan itu...tak mungkin perkahwinan itu akan berjaya ...anda pula bila nak berumah tangga?

    ReplyDelete